32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kontrak Azam Baki sebagai KP SPRM sambung setahun lagi

    Shopee Sale

    Azam Baki kekal sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dengan lantikan baru bagi tempoh setahun lagi.

    Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali yang memaklumkan lantikan semula itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. 

    “Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun berkuat kuasa mulai 12 Mei,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Azam mula memegang jawatan ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020. Dia menggantikan Latheefa Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009. 

    Pelantikan semula itu sekali gus menjadikan perkhidmatan Azam sebagai ketua pesuruhjaya SPRM memasuki tahun keempat.

    Dia memegang jawatan itu sejak pentadbiran bekas perdana menteri iaitu Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob dan terus diberi kepercayaan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.

    MENARIK:  Tujuh rumah di Taman Semilang musnah dijilat api

    Untuk rekod Azam, yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada 1984. 

    Jawatan pertama Azam dalam agensi itu adalah penolong pegawai siasatan, selain pernah berkhidmat sebagai pegawai perisikan dan pegawai pendakwaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah