31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAC syor k’jaan utamakan pembekal tempatan dalam bekalan perubatan

    Shopee Sale

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan kerajaan mempertimbangkan penggunaan syarikat tempatan bagi mengurangkan beban pengurusan sistem kesihatan.

    Ahli PAC yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata banyak syarikat tempatan dalam industri perubatan boleh menyumbang kepada sektor kesihatan negara.

    “Kita akan tengok dari segi monopoli ubat serta ekosistem alatan perubatan dan perkhidmatan MRI. Kita tengok adakah dalam Malaysia ada syarikat tempatan boleh sediakan atau tawarkan perkhidmatan perubatan yang diperlukan.

    "Ada banyak pengusaha peralatan perubatan di negara ini, contoh di Pulau Pinang. Di kawasan saya di Parlimen Bayan Baru, ada 30 syarikat yang sememangnya mereka eksport (peralatan perubatan) ke luar negara

    “Kalau mereka boleh bekalkan kepada hospital-hospital dalam Malaysia, saya rasa kos (caj perubatan) itu akan jauh lebih murah,” katanya dalam sidang media selepas Sesi Pendengaran Awam di Parlimen mengenai Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

    Sim berkata demikian sebagai respons terhadap kebimbangan kenaikan caj kesihatan yang dimonopoli pihak berkepentingan.

    Dia berkata PAC menerima banyak aduan mengenai kenaikan premium insurans kesihatan serta caj hospital swasta yang tinggi.

    Menurutnya, terdapat perbezaan ketara dalam caj hospital swasta kepada pengguna, bergantung pada sama ada mereka mempunyai surat jaminan (GL) atau membayar sendiri.

    MENARIK:  Pendakwaan: Muhyiddin guna kedudukan PM salur RM225.3 juta ke akaun Bersatu

    “Isu utama yang dibangkitkan ialah kenaikan harga insurans dan caj hospital swasta yang terlampau tinggi.

    "Mereka nampak perbandingan antara yang gunakan surat jaminan (GL) dan bayar sendiri, ada perbezaan harga ketara," katanya.

    Sim menegaskan PAC memandang serius isu ini kerana ia membebankan rakyat, terutama dalam kesihatan awam.

    “Selain dua isu besar ini, ada isu lain, antaranya ubat-ubatan dan hospital awam, di mana mereka yang tak mampu bayar insurans terpaksa ke hospital kerajaan menyebabkan lambakan pesakit di sana.

    "Kesihatan adalah hak asasi manusia di mana kita perlukan sistem kesihatan yang baik.

    "Saya nampak ada keperluan untuk kita reform ekosistem ini, jadi itulah sebab PAC memulakan prosiding untuk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

    Dia menambah setiap dapatan prosiding akan diteliti daripada pelbagai sudut, termasuk keperluan meminda akta berkaitan.

    “Bank Negara pernah mendedahkan (caj rawatan) Pneumonia tiga kali ganda (lebih mahal), penyakit Denggi empat kali ganda perbezaan (caj).

    "Ini sesuatu yang disahkan Bank Negara dan perlu diteliti dengan mendalam. Kalau perlu pinda akta, kita pinda akta dan akan tengok akta mana perlu dipinda.

    "Banyak isu dan bukan hanya melibatkan sektor kesihatan swasta sahaja tetapi (termasuk juga) Bank Negara," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah