Pelakon June Lojong mengakui masih menerima pertanyaan mengenai status hubungannya dengan pelakon dan pengarah, Namron.
Namron, June Lojong suami isteri
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, June menjelaskan bahawa Namron merupakan suaminya dan usia perkahwinan mereka kini sudah memasuki tahun ke-22.
Mengimbas kembali detik percintaan mereka, June berkata hubungan mereka sudah bermula sejak zaman belajar di ASWARA lagi.
Ramai yang bertanya. Ya, Namron memang suami saya. Aku bukan bini nombor 2, bukan skandal, bukan baru nikah.
Kami dah bercinta sejak zaman belajar di ASK/ASWARA lagi, Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ke-22 bersama.
Untuk rekod, June dan Namron mula berkenalan sejak 1996 sebelum mendirikan rumah tangga pada 2004.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Threads
The post ‘Namron Memang Suami Saya, Dah 22 Tahun Kami Bersama’ – June Lojong first appeared on OHBULAN!.





