34.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS optimis kerjasama dengan BN di Melaka lebih mudah

    Shopee Sale

    Ketika BN masih belum memuktamadkan sama ada mahu bersama PN atau PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang optimis kerjasama antara BN dan PN lebih mudah dicapai.

    Abdul Hadi yang mengakui rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan sedang berlangsung, yakin sokongan golongan muda akan berpihak kepada PN sepertimana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022.

    "(Pilihan raya) Parlimen lebih kemudian dari (pilihan raya) negeri, (PRU) berlaku gelombang yang lain. Gelombang orang muda berlaku dalam pilihan raya parliman.

    "Dan dilihat di keputusan parlimen itu statistik mengatakan Umno boleh menang empat kerusi saja kalau nak berlawan. Kita (PN) boleh menang banyak lagi. Kita mahu perpaduan orang Melayu dan Islam dan perpaduan dengan bukan Melayu tak ekstrem.

    "Insya-Allah kalau Johor lebih rumit, Melaka lebih mudah," katanya kepada media ketika ditemui di Rusila, Marang hari ini.

    Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai rundingan kerusi antara BN dan PN bagi menghadapi PRN Melaka.

    Untuk rekod, BN dan PN menjalinkan persefahaman dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu yang menyaksikan gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN.

    PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN berjaya memenangi 18 kerusi manakala PN yang diwakili PAS dan Wawasan berjaya menawan lapan kerusi.

    Sebelum ini seorang pemimpin Umno mencadangkan agar BN diberi peluang mengekalkan penguasaannya di Selantan tanah air, manakala PN di Pantai Timur.

    MENARIK:  SPRM tahan 3 penjawat awam, seorang bekas penjawat awam terima rasuah RM500k

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii berkata PN seharusnya memberi ruang kepada BN untuk mentadbir negeri di selatan tanah air dan begitu juga kompromi perlu berlaku di negeri-negeri dikuasai PN.

    Justeru katanya, perlu ada "give and take" ataupun kompromi dalam agihan kerusi antara BN dan PN bagi menghadapi PRN Melaka yang akan datang.

    "Agihlah kerusi di Melaka ini sehabis baik, katakanlah BN bagus di dalam (negeri di) Selatan, bagilah BN mentadbir Selatan.

    "Di Timur nanti, awak (PN) tadbirlah sana. Kalau ada persefahaman sebegini ada, elok.

    "...kat Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis negeri ini perlu juga mentadbir bersama dengan BN dan saya harapkan bila ada rundingan kerusi terjadi mungkin ada lebih kurang juga dan juga mungkin ada give and take," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

    Alternatif lain

    Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS mempunyai "pelan B" jika kerjasama dengan BN tidak berlaku dalam PRN Melaka.

    Ahli Parlimen Marang itu mendakwa ada segelintir pemimpin BN yang masih berbelah bagi dengan kerjasama parti itu bersama PN.

    ​”Kita dimaklumkan pimpinan BN masih bercelaru dan berbelah bagi, walaupun majoriti pimpinan parti itu bersetuju kerjasama dengan PN diteruskan.

    ​Namun, katanya PAS yang menerajui gabungan PN sudah ada alternatif jika BN memilih untuk berpakat dengan PH pada PRN Melaka nanti.

    "Ada lain nanti kita fikir tak boleh bagi tahu lagi," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah