27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K'jaan kaji cadangan bangun media sosial untuk rakyat Malaysia

    Shopee Sale

    Kerajaan akan meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial yang khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia seperti yang sedang diusahakan oleh beberapa negara.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata hal ini kerana ada antara penyedia aplikasi media sosial didapati mengaut keuntungan daripada rakyat di negara ini, namun dalam masa yang sama gagal menjamin soal keselamatan penggunanya.

    "Tahun lepas dianggarkan Facebook sahaja mengaut keuntungan AS$600 juta dari Malaysia, tetapi apa yang mereka lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di Malaysia ini selamat?

    "Saya lihat mereka tidak ada kesungguhan, jadi kita perlu kaji dan perlu lihat, tidak mudah untuk membangunkan platform media sosial sendiri, tetapi ada beberapa negara telah cuba … kita akan teliti dulu," katanya ketika ditemui pemberita pada Himpunan Pembebasan Palestin di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Aliff Syukri diperintah bayar RM250,000 kepada Kadir Sheikh Fadzir

    Fahmi berkata beliau juga telah bertemu dengan pengacara dan selebriti popular Datuk Aznil Nawawi yang mengemukakan cadangan itu, susulan tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran berkaitan Palestin menerusi platform media sosial milik syarikat itu baru-baru ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah