25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan dicadang beri dokumen sementara pada kanak-kanak tanpa dokumen

    Shopee Sale

    Kerajaan dicadang menyediakan dokumen sementara kepada kanak-kanak tanpa dokumen bagi menjamin mereka menerima akses pendidikan sehingga ke peringkat sekolah menengah.

    Cadangan itu dikemukakan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkenaan Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) bertujuan memastikan golongan berkenaan tidak tercicir daripada menerima pendidikan asas.

    Pengarah Jabatan Advokasi Dasar Parlimen APPGM-SDG Dr Teo Sue Ann berkata banyak kanak-kanak khususnya di kawasan pedalaman tidak mempunyai dokumen kelahiran kerana ibu bapa mereka berkahwin mengikut adat selain berdepan kekangan kos logistik untuk urusan pendaftaran.

    “Mereka ini bukan pelarian atau migran, tetapi anak tempatan yang lahir di sini. Syor kami adalah membenarkan mereka bersekolah tanpa gangguan birokrasi berkaitan status perkahwinan ibu bapa,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran tiga laporan cadangan dasar bagi memperkukuh pelaksanaan SDG di Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Bekalan elektrik di pantai timur Sabah pulih sepenuhnya

    Tiga laporan itu ialah Memperkasakan Kesampaian Perlindungan Sosial Inklusif bagi Kumpulan Rentan di Sabah, Cadangan Strategik ke Arah Kesejahteraan Komuniti Pulau-Pulau Kecil di Malaysia dan Penyelesaian ke Arah Pendidikan Inklusif: Hak Pendidikan untuk Golongan Tanpa Dokumen.

    Sementara itu, Teo berkata laporan berkenaan juga mencadangkan strategi mengatasi kekangan geografi dan infrastruktur bagi memudahkan akses bantuan kebajikan di Sabah, selain memperkasakan ekonomi golongan rentan.

    “Bagi komuniti pulau kecil, kerajaan disyorkan menaik taraf jeti dan menyediakan perkhidmatan bot awam bagi memudahkan akses penduduk ke tanah besar untuk mendapatkan rawatan kesihatan serta pendidikan sekolah menengah,” katanya.

    Beliau berkata kesemua laporan itu akan dimuat naik ke laman sesawang rasmi APPGM-SDG dan diedarkan kepada kementerian serta kerajaan negeri untuk tindakan susulan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah