25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KJ solidariti dengan wartawan Malaysiakini

    Shopee Sale

    Khairy Jamaluddin meluahkan solidariti dengan tiga wartawan Malaysiakini yang disiasat berhubung laporan tentang rombakan anggota tertinggi polis.

    Dalam rancangan bual bicara Keluar Sekejap, bekas pemimpin Umno itu memulakan segmen mengenai politik tempatan dengan topik "tidak begitu panas" mengenai "sahabat-sahabat kita Malaysiakini".

    Dalam gurauan ringkas, rakan hos Shahril Sufian Hamdan menyindir, " Oh dia dah jadi sahabat eh?” dan Khairy menjawab, "Ya sebab kita press kan? Kita KS Media.”

    Khairy Jamaluddin

    “Sempena dengan kita identify diri kita sebagai media, kita nak bersolidariti dengan pihak media,” tambahnya.

    Semasa memegang jawatan sebagai ketua Pemuda Umno serta menteri belia dan sukan, Khairy sekurang-kurangnya dua kali pada 2017 menjadikan wartawan Malaysiakini sebagai sasarannya.

    Malah, dia menuduh portal itu sebagai "penyalur kewartawanan berat sebelah".

    Semasa rakaman itu, Khairy turut memetik kenyataan bersama Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) yang mengesahkan hak wartawan untuk melindungi kerahsiaan sumber yang tidak dinamakan.

    Selanjutnya, Khairy turut memetik penafian Ketua Polis Negara Razarudin Husain terhadap rombakan itu dan menimbulkan kebimbangan terhadap siasatan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

    “Bagi saya, kalau IGP hanya menafikan (laporan itu), kita akan hormat dan berakhir cerita. Tak perlu kita sambung. Tapi adakah (tindakan) ini agak melampau batas?

    “Maksud saya, dari dulu banyak berita pasal rombakan kabinet yang tidak betul, tak pernah kita heret wartawan sebab buat spekulasi tentang rombakan kabinet.

    “Sedangkan rombakan kabinet ada kesan pada ketenteraman awam jugak. Terutama pada parti-parti politik terlibat,” katanya.

    MENARIK:  Polis cari dua individu didakwa aniaya Eda Ezrin, suami

    Sementara itu, Shahril mengulangi pendirian Khairy sambil mengimbas kembali bagaimana kedua-dua mereka sebagai pemimpin Umno juga menjadi sasaran laporan yang memetik sumber tanpa nama.

    “Kadang-kadang kita terfikir juga, betul ke ada sumber ni? Tapi ini sebahagian daripada asam garam kehidupan tokoh awam,” katanya.

    Selain itu, Khairy mendedahkan bahawa polis mendapatkan keterangan mereka berhubung episod bulan lalu mengenai temu bual dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg.

    "Saya tidak kata ia sebagai gangguan, tetapi ia menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan agensi berita, termasuk KS.

    “Saya harap perkara ini berhenti di situ. Polis berhak siasat tetapi saya harap ia berhenti di situ sebab saya rasa benda ni tak ada pun timbulkan huru-hara.

    “Poin dia adalah kita harap tak ada suasana ketakutan. Dan orang yang nak menjadi sumber akan yakin kerahsiaan identiti mereka akan dijaga dengan kemas. Sebab kita pun ada sumber juga dan kita pun tak boleh dedahkan,” katanya lagi.

    Kedua-dua mereka berkata siasatan itu susulan laporan polis berhubung episod tersebut yang meminta Abang Johari memberi pendapatnya mengenai autonomi Sarawak dalam Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah