25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kg Sg Baru dalam kawasan pentadbiran PKB

    Shopee Sale

    Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menjelaskan bahawa Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur berada dalam kawasan pentadbiran mereka.

    Penjelasan itu dibuat setelah Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru mempertikaian penglibatan PKB atas alasan bukan tertakluk bawah bidang kuasa mereka.

    PKB petang ini menjelaskan bahawa kawasan pentadbiran mereka ditetapkan melalui Perintah Kawasan Pembangunan Kampong Bharu (Pengisytiharan) bertarikh 10 Februari 2015, meliputi keluasan 300.73 ekar sebagaimana pelan warta PW1001. 

    “Kawasan tersebut termasuk kawasan Kampung Sungai Baru sebagai sebahagian daripada sempadan yang diwartakan,” menurut PKB dalam kenyataan sebentar tadi.

    MENARIK:  ‘Peluasan SST tak beri kesan besar pada ibu bapa hantar anak ke tadika swasta’

    PKB ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2012 berasaskan peruntukan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (Akta 733). 

    Ia merupakan agensi bawah kawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    PKB diberi mandat untuk melaksanakan dasar, hala tuju dan strategi pembangunan dalam kawasan Kampung Baru. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah