27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes ugutan di FB, aktivis direman dua hari

    Shopee Sale

    Seorang aktivis yang disyaki membuat ugutan jenayah terhadap seorang lelaki menerusi Facebook direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    Perintah reman ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Naeilah Nikrul Tarmizi di Mahkamah Majistret di Seremban bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata lelaki itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selepas dipercayai melarikan diri ke Thailand sejak Mac lepas.

    MENARIK:  Skim Budi95 dipilih untuk elak keresahan rakyat, kata PM

    Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 6.25 petang 10 Mac lepas mendakwa diugut di laman sosial tersebut oleh suspek dan usaha dijalankan bagi mengesannya di Kajang, Selangor.

    Bagaimanapun, lelaki tersebut dipercayai melarikan diri ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam pada 9 Mac sebelum masuk semula ke Malaysia melalui jalan tidak sah di sempadan Kelantan dan menyerah diri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah