28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes kedua SRC: AGC tolak representasi Najib

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi yang dikemukakan oleh Najib Razak bagi menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram dalam kes jenayah kedua dikenakan ke atasnya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Ashrof Adrin Kamarul, memaklumkan keputusan tersebut kepada hakim K Muniandy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

    Katanya pihak pendakwaan akan meneruskan perbicaraan ke atas bekas perdana menteri itu seperti yang dirancang.

    “Yang Arif, saya hadir untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi telah ditolak dan pihak pendakwaan akan meneruskan perbicaraan.

    “Saya diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada mahkamah serta mohon tarikh perbicaraan ditetapkan,” katanya yang dipetik Bernama.

    Pihak pendakwaan turut memohon masa untuk mendapatkan dokumen berkaitan dan menyediakan penyataan saksi.

    MENARIK:  Budak hilang di Iskandar Puteri ditemui di Batang Kali

    Pada 2019, Najib didakwa atas tiga pertuduhan mengubah wang haram sebanyak RM27 juta melalui akaun peribadinya. Ia melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

    Untuk rekod kes hari ini adalah berasingan daripada perbicaraan rasuah RM42 juta yang juga melibatkan SRC. Najib sudah disabitkan atas kesalahan bagi pertuduhan berkenaan dan sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah