34.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes kebun durian: MP Raub, empat individu lain akan dipanggil polis

    Shopee Sale

    Polis akan memanggil lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui (gambar) bagi membantu siasatan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata Chow yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

    "Setakat ini tiga laporan polis telah diterima melibatkan operasi itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Semalam polis memaklumkan menerima tiga laporan oleh pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), pihak polis dan badan bukan kerajaan (NGO).

    MENARIK:  Ini k'jaan paling diktator kita pernah ada - Ambiga

    Sementara itu, Mohd Shahril memaklumkan operasi penguatkuasaan di kebun durian akan diteruskan seperti biasa oleh pihak berkuasa.

    Sebelum ini, media melaporkan pekebun didakwa telah bertindak menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden.

    Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah