26.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah Akui Berdebar, Persiapan Kahwin Kini Hampir 70 Peratus

    Shopee Sale

    Kurang sebulan sebelum bergelar isteri, pelakon dan penyanyi Bella Astillah, mengakui berasa berdebar untuk memulakan fasa baharu bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rapat Tak Semestinya Wajib Jadi Bridesmaid, Mereka Ada Tanggungjawab Lain’ – Bella Astillah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’

    Berdebar

    Ketika ditemui , pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata perasaan berdebar yang dirasainya itu merupakan sebahagian daripada proses untuk melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

    Rasa debar itu melibatkan banyak perkara, pertamanya selepas berumah tangga akan ada kehidupan berbeza sedikit.

    Tapi saya rasa perasaan berdebar ini adalah sebahagian daripada proses, jadi saya lalui saja.

    Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman TRUEDAN di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

    Mengulas lanjut, Bella berkata walaupun sibuk dengan urusan kerja namun dia tetap memilih untuk menguruskan sebahagian besar persiapan perkahwinannya.

    Alhamdulillah persiapan kahwin sudah 70 peratus selesai. Saya menyiapkan sendiri tanpa menyerahkan sepenuhnya pada keluarga.

    Saya rasa persiapan dan masa bekerja semuanya berjalan seiringan. Selagi mana saya masih ada keluarga insya-Allah semuanya dipermudahkan.

    Sudah tentu rasa tertekan tetapi saya percaya semua orang ada fasa ini dalam hidup.

    Menurut Bella, masih terdapat beberapa perkara kecil berkaitan persiapan perkahwinan yang belum boleh dikongsikan kepada umum dan akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak.

    Sebenarnya ada perkara-perkara kecil yang saya rasa nanti insya-Allah akan dikongsikan.

    Sekarang ini saya perlu seimbangkan daripada segi persiapan, kerjaya dan anak-anak.

    Saya tak boleh tinggalkan anak-anak, tetap kena luangkan masa bersama mereka.

    Ketika ditanya sama ada akan mengambil cuti selepas segala urusan berkaitan perkahwinan selesai, Bella berkata dia akan terus bekerja dan menganggap kesibukan tersebut sebagai satu bentuk rezeki.

    Sekarang ini belum ada perancangan untuk cuti, semuanya bekerja. Malah selepas majlis kahwin nanti pun insya-Allah saya masih ada kerja lagi.

    Jadi belum ada perancangan untuk bercuti. Saya anggap ini sebagai rezeki.

    Selagi saya masih berdaya untuk bekerja, okay saja tak ada paksaan. Saya buat semua ini untuk anak-anak.

    Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq, 34, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan mengumumkan bakal bernikah pada 10 Oktober depan.

    MENARIK:  [VIDEO] Eva Noza Mohon Ruang Jalani Tempoh Idah – ‘Saya Tak Sanggup Nak Mengata Orang Yang Pernah Ada Dalam Hati Saya’

    Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016.

    Mereka bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan akhirnya berpisah kali kedua pada 13 Jun 2024.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden dan Ara.

    The post [VIDEO] Bella Astillah Akui Berdebar, Persiapan Kahwin Kini Hampir 70 Peratus first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah