30.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dulu Nyanyi OST Suri Hati Mr. Pilot, 10 Tahun Kemudian Fattah Amin Jadi Abang Ipar’ – Irfan Haris

    Shopee Sale

    Penyanyi, Irfan Haris berkongsi tentang takdir yang telah tertulis buat keluarganya sehingga mencuri perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Masa Jumpa Jarir, Saya Sebak Teringat Journey Kakya & Abang Fattah Dari Tahun Lepas’ – Irfan Haris

    MENARIK:  ‘Mak Tak Berapa Suka Saya Berlakon, Tak Kisah Watak Baik Atau Jahat’ – Irfan Zaini

    Artikel Berkaitan:  Fattah Amin & Amira Othman Selamat Timang Cahaya Mata Pertama, Pilih Nama Muhammad Jarir Umar

    Takdir tuhan

    " data-video-id="7681948476262960401" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @irfannharis

    lepas 10 tahun, ejaz fakhri tu abang ipar saya #redha #fyp

    ♬ bunyi asal – takdir & waktu – takdir & waktu

    Menerusi perkongsian di TikTok, Irfan yang juga adik kepada penyanyi, Amira Othman berkata selepas tersingkir daripada program nyanyian Ceria Popstar, dia ditawarkan untuk menyanyikan lagu berjudul Redha.

    Menurut Irfan, lagu tersebut kemudiannya dipilih sebagai lagu tema (OST) bagi drama yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2016, iaitu Suri Hati Mr. Pilot.

    Masa saya tingkatan tiga selepas tersingkir daripada Ceria Popstar 2016, rezeki saya dapat tawaran nyanyi lagu ‘Redha’.

    Tiba-tiba lagu itu dapat jadi OST drama Suri Hati Mr. Pilot.

    Bagaimanapun, siapa sangka watak hero Ejaz Fakhri yang dilakonkan Fattah Amin itu akhirnya menjadi abang iparnya sendiri.

    Selepas 10 tahun Ejaz Fakhri (watak Fattah) jadi abang ipar saya.

    Hantaran tersebut kemudiannya mencuri perhatian ramai, malah rata-rata warganet turut menyifatkan betapa indahnya aturan takdir Tuhan.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Dulu Nyanyi OST Suri Hati Mr. Pilot, 10 Tahun Kemudian Fattah Amin Jadi Abang Ipar’ – Irfan Haris first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah