Kapsyen: BacN-Fix, Adjuvax 248 dan FGV Geotagger Pro, dilancarkan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, disaksikan Dato’ Dr Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA, dan Nurul Muhaniza Hanafi, Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad. Gambar FGV
Pernah rasa stres tengok urban garden korang usahakan tu macam ‘hidup segan mati tak mahu’? Dah penat siram tiap-tiap hari tapi hasil dia tetap tak nampak subur atau aesthetic macam dalam Pinterest.
Mesti semua orang nak kebun sendiri nampak hijau dan ada vibe farm core, kan? Tapi hakikatnya, nak bagi pokok membiak cantik bukan boleh main redah je. Macam manusia juga, pokok pun kena ambil supplement.
Bersempena dengan MAHA 2026 yang berlangsung di MAEPS Serdang, FGV Holdings Berhad (FGV) baru je perkenalkan 3 inovasi agri yang memang game-changer yang boleh bantu korang!
3 produk baru FGV ini telah dilancarkan oleh Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, selaras dengan visi “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”.
Jom kita tengok 3 solusi hebat hasil daripada kepakaran R&D FGV yang dah bertapak lebih 50 tahun.
BacN-Fix, booster nutrisi untuk akar tanaman

Inilah dia supplement untuk green babies korang. Inovasi ini menggunakan kuasa bakteria baik sebagai penggalak semulajadi supaya tanaman korang boleh menyerap segala khasiat dengan lebih efektif.
Bukan je mantapkan pertumbuhan akar, tapi ia dah terbukti berkesan pada bermacam tanaman lokal seperti sayur-sayuran, pokok-pokok buah, padi, dan kelapa sawit.
Guna BacN-Fix FGV ni baja tak perlu letak banyak-banyak sebab pokok korang menyerap nutrien dengan lebih mantap.
Adjuvax 248 beri semburan mantap, kalis hujan

Solusi Adjuvax 248 direka khas untuk pastikan setiap titisan racun rumpai yang korang sembur di kebun tu betul-betul melekat dan meresap pada daun. Produk ni ada ciri kalis air di mana korang tak perlu risau hujan turun lepas sembur racun.
Dalam masa 30 minit racun tu akan terus meresap masuk ke dalam lalang-lalang tu semua. Kalau hujan turun lepas korang sembur pun racun rumpai akan terus melekat di lalang dan tak turun ke tanah.
Korang dah tak payah pening nak sembur berkali-kali sebab teknologi dia memang next level dan sangat menjimatkan kos racun rumpai.
FGV Geotagger Pro, pemetaan kebun ultra precise

Bila korang main Stardew Valley atau Farming Simulator, cantik je tengok susunan petak tanaman dan kebun korang, kan? FGV Geotagger Pro ni dibina untuk bawa sistem pemetaan sistematik macam tu ke ladang IRL!
Dengan tahap ketepatan tinggi mencecah 1 hingga 10 sentimeter, teknologi pemetaan digital ni membolehkan peladang dan pekebun merancang, memeta kawasan, serta menanda kedudukan tanaman secara virtual.
Bila susun atur ladang dah dipeta dengan tepat, kerja pengurusan ladang jadi jauh lebih effortless dan teratur macam main game. Takdelah layout kebun korang berterabur, semua nampak clean dan estetik!
FGV sokong komuniti pekebun kecil & industri perladangan

“Pemodenan sektor pertanian memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan teknologi dan inovasi dapat diterjemahkan kepada penyelesaian yang praktikal dan relevan dengan keperluan sebenar” jelas Nurul Muhaniza Hanafi, Pengarah Urusan Kumpulan FGV.
Ketiga-tiga inovasi ini kini telah dikomersialkan untuk kegunaan industri dan pengusaha pertanian.
FGV turut mengalu-alukan kerjasama dengan pemain industri, pekebun kecil dan pengusaha pertanian bagi meneroka aplikasi inovasi tersebut mengikut keperluan tanaman dan operasi masing-masing.
Bagi korang atau pengusaha luar sana yang nak tahu lebih terperinci, boleh ikuti akaun rasmi FGV Holdings di Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube, atau layari laman sesawang rasmi mereka di fgvholdings.com.
The post 3 Inovasi FGV Di MAHA 2026 Yang Bikin Pokok Auto Subur! first appeared on OHBULAN!.





