29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kertas siasatan kes Akmal dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

    Shopee Sale

    Kertas siasatan kes Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini, dijangka siap dalam tempoh lima hari lagi sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihak polis telah merakam keterangan Dr Muhamad Akmal semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu hadapan.

    “Kertas siasatan sedang dilengkapkan selepas keterangan diambil daripada beliau semalam,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

    Semalam, Razarudin mengesahkan Dr Muhamad Akmal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998, selepas menerima dua laporan berhubung ucapan di media sosial dan di Kelantan, tentang isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

    MENARIK:  Teo menang saman fitnah dakwaan ‘tangan ghaib’ ubah buku teks Sejarah

    Dr Muhamad Akmal menerusi Facebook rasminya semalam turut memaklumkan beliau ditahan walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah