Pelakon Kamal Adli menitipkan ucapan istimewa untuk bekas isterinya, Uqasha Senrose sempena hari lahir aktres itu yang ke-33 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak – ‘Gentleman Sangat, Saya Respect’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’
Ucapan Kamal
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli, 40, berkongsi ucapan ringkas untuk Uqasha.
Dalam ucapan yang sama, Kamal turut mendoakan agar Uqasha dilimpahi dengan rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.
Selamat hari lahir untuk Uqasha Senrose a.k.a ibu Hawra Uqaira.
Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dikayakan dengan rezeki, diberi kebahagiaan selalu oleh Allah.
Semoga menjadi ibu terbaik.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian pelakon filem Abang Long Fadil itu kerana masih mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas isterinya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021, bagaimanapun mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Threads
The post ‘Happy Birthday Uqasha Senrose, Semoga Diberi Kebahagiaan Oleh Allah & Menjadi Ibu Terbaik’- Kamal Adli first appeared on OHBULAN!.





