28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Watak Aaron Aziz Wujud Di Dunia Realiti, Narsisistik Tunggang Agama Demi Nampak ‘Terpaling Suci’

    Shopee Sale

    Drama Bidadari Tanpa Syurga terus mencetuskan fenomena selepas satu babak menjadi tular sehingga mengundang perbincangan mengenai isu penderaan emosi, sifat narsisistik dan penyalahgunaan agama dalam sesebuah hubungan.

    Artikel Berkaitan: ‘Dapat Berlakon Dengan Nabila Huda, Ibarat Mimpi Jadi Realiti’ – Hun Haqeem

    Artikel Berkaitan: Nabila Huda Tak Sabar Nak Hitamkan Semula Rambut ‘Blonde’ – ‘Nampak Pelik, Gaya Ini Hanya Untuk Watak’

    Narsisistik suka tunggang agama

    Hantaran dimuat naik seorang pengguna Threads dengan kapsyen “This is what we called narcissist guys” itu dibincangkan oleh wargamaya yang mengaitkan babak berkenaan dengan pengalaman sebenar mereka berdepan pasangan toksik.

    Menariknya, perbualan netizen tidak lagi tertumpu kepada jalan cerita drama, sebaliknya kepada kesedaran mengenai ciri-ciri seorang narsisistik yang gemar memanipulasi emosi pasangan, termasuk menggunakan agama membuatkan mangsa berasa bersalah.

    Sejak mula ditayangkan, Bidadari Tanpa Syurga sering menjadi perhatian penonton kerana mengetengahkan konflik rumah tangga yang dekat dengan realiti masyarakat, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai perbincangan mengenai isu psikologi dalam hubungan.

    Seorang individu berpandangan bahawa isu sebenar bukanlah mengenai peranan suami atau isteri, sebaliknya sikap seorang narsisistik yang sanggup menggunakan apa sahaja untuk memanipulasi pasangannya.

    The point is about the husband being a narcissist, bila dia tak dapat apa yang dia nak, dia gunakan benda yang dia rasa boleh guilt trip orang.

    Bila orang dah meletup, narsisistik akan play victim sebab diorang pandai disguise keburukan dengan kebaikan.

    Pandangan itu turut dipersetujui ramai pengguna lain yang berpendapat watak Azlan dilakonan Aaron Aziz itu berjaya menggambarkan individu narsisistik yang sentiasa mahu dilihat sebagai orang paling betul dan baik.

    MENARIK:  ‘Setiap Sujud Saya Mohon Satu Doa, Kalau Empat Rakaat Saya Ulang Doa Sama Lapan Kali’ – Neelofa

    Salah satu aspek yang paling banyak diperkatakan ialah tindakan watak tersebut menggunakan agama untuk mengawal emosi pasangan.

    Yes exactly. Orang narsisistik dia memang suka gunakan agama supaya boleh tunduk mangsanya.

    Narsisistik penunggang agama jugak. Apa hujah dia akan gunakan agama untuk buat wife rasa bersalah.

    Bidadari Tanpa Syurga ditayangkan secara eksklusif di Viu mulai 11 Jun lalu dengan episod baharu pada setiap hari Khamis dan Jumaat.

    The post Watak Aaron Aziz Wujud Di Dunia Realiti, Narsisistik Tunggang Agama Demi Nampak ‘Terpaling Suci’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah