28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nizam Jaffar panglima tentera yang baru

    Shopee Sale

    Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Left Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik Panglima ATM ke-23 berkuat kuasa hari ini, menjadikan beliau individu pertama bukan dalam kalangan pegawai berpangkat Jeneral empat bintang dipilih memegang jawatan itu.

    Majlis serah terima tugas itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur, hari ini.

    Mohd Nizam, 59, mengambil alih jawatan berkenaan daripada Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, yang tamat perkhidmatan pada hari ini.

    MENARIK:  Lepas ‘Kopi ditidurkan’, NGO mahu moratorium ke atas kaedah lupus anjing

    Terdahulu, Mohd Nizam dinaikkan pangkat kepada Jeneral dalam majlis itu, bagi membolehkan beliau menjawat jawatan berkenaan.

    Mohd Nizam yang merupakan seorang pegawai Tentera Darat dinaikkan pangkat ke Left Jen pada 23 Feb tahun lepas dan pernah menjawat jawatan penting antaranya Komandan Kolej Pertahanan Nasional, Pengarah Pengurusan Latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat serta Panglima Briged Infantri Ke-2 Tentera Darat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah