28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Leapmotor Sertai PPA Tour Asia Sebagai ‘Present Partner’ Singapore Open & Kuala Lumpur Cup

    Shopee Sale

    PPA Tour Asia mengumumkan Leapmotor sebagai Rakan Pembentang (Present Partner) bagi kejohanan PPA Asia 500 Singapore Open 2026 dan PPA Asia 1000 Kuala Lumpur Cup 2026.

    Artikel Berkaitan: REV Media Group Rangkul 7 Anugerah Di MDA d’Awards 2026, Perkukuh Kedudukan Dalam Penerbitan Digital

    Present Partner

    Kerjasama itu menggabungkan antara jenama kenderaan elektrik (EV) yang paling pesat berkembang di dunia dengan jelajah pickleball profesional terbesar di rantau Asia.

    Kerjasama strategik itu membabitkan dua kejohanan utama dalam kalendar PPA Tour Asia musim ini, sekali gus mencerminkan perkembangan sukan pickleball yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Asia.

    Di bawah kerjasama tersebut, kedua-dua kejohanan akan menggunakan nama Leapmotor iaitu Leapmotor Singapore Open yang berlangsung dari 23 hingga 26 Julai ini serta Leapmotor Kuala Lumpur Cup yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 13 September depan.

    Jenama Leapmotor juga akan dipaparkan menerusi siaran langsung, bahan promosi digital serta pelbagai platform sepanjang penganjuran kedua-dua kejohanan, sekali gus meningkatkan lagi kehadirannya dalam dua pasaran pickleball paling aktif di rantau ini iaitu Malaysia dan Singapura.

    Pengarah Urusan UPA Asia, Kimberly Koh berkata, pihaknya berbesar hati menyambut kehadiran Leapmotor sebagai Present Partner bagi dua kejohanan utama jelajah itu.

    Menurutnya, perkembangan pesat sukan pickleball di Asia selari dengan aspirasi Leapmotor yang menekankan kecemerlangan, inovasi dan kebolehcapaian kepada semua.

    Kami amat teruja mengalu-alukan Leapmotor sebagai Present Partner bagi dua kejohanan utama kami musim ini.

    Pickleball sedang berkembang dengan begitu pesat di seluruh Asia dan kerjasama dengan jenama yang dinamik serta berteraskan teknologi seperti Leapmotor amat bertepatan dengan semangat dan momentum sukan ini.

    Falsafah mereka, ‘Kecemerlangan Dalam Jangkauan’, juga seiring dengan misi kami untuk menjadikan pickleball bertaraf dunia lebih mudah diakses oleh peminat dan pemain di seluruh rantau ini.

    Kami berharap dapat bersama-sama mencipta pengalaman kejohanan yang lebih bermakna di Singapura dan Kuala Lumpur.

    Pickleball

    Sepanjang kejohanan berlangsung, pengunjung juga bakal menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan pengalaman eksklusif yang dibawakan oleh Leapmotor bagi memeriahkan suasana di lokasi pertandingan.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Kongsi Keadaan Terkini Azlan Komeng, Coretan Istimewa Buat Ramai Terharu – ‘Kau Memegang Akad Kita Dengan Erat’

    Sementara itu, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata, pihaknya berbangga menjadi rakan automotif rasmi bagi Leapmotor Kuala Lumpur Cup dan Leapmotor Singapore Open.

    Stellantis berbangga menjadi rakan automotif rasmi bagi Leapmotor Kuala Lumpur Cup dan Leapmotor Singapore Open.

    Leapmotor sinonim dengan komuniti pickleball yang semakin berkembang kerana kedua-duanya berkongsi semangat yang sama iaitu bertenaga, mudah menyesuaikan diri dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

    Kami berbangga menjadi sebahagian daripada platform global yang meraikan sukan yang terus memberi inspirasi kepada individu yang mengamalkan gaya hidup aktif di samping mengeratkan hubungan dalam komuniti.

    Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Leapmotor turut menampilkan model Leapmotor C10, sebuah SUV elektrik sepenuhnya yang telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

    Model tersebut dibangunkan khas untuk pasaran global dengan menggabungkan reka bentuk minimalis, teknologi kejuruteraan moden serta prestasi pemanduan bertaraf dunia.

    Leapmotor C10 menawarkan jarak pemanduan sehingga 424 kilometer bagi setiap cas penuh, selain dibangunkan menggunakan pendekatan integrasi menegak dengan lebih 60 peratus komponen kenderaan dihasilkan sendiri oleh syarikat.

    Kenderaan itu juga menerima penarafan keselamatan 5 bintang Euro NCAP, sekali gus membuktikan komitmen Leapmotor dalam menyediakan penyelesaian mobiliti elektrik yang inovatif, selamat dan mampan.

    Leapmotor Singapore Open akan berlangsung di Sports Arena @ Singapore Expo dari 23 hingga 26 Julai ini, manakala Leapmotor Kuala Lumpur Cup dijadualkan berlangsung di The Hood, Kuala Lumpur dari 9 hingga 13 September depan.

    Pendaftaran bagi Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 dibuka bermula 6 Julai pada pukul 9 malam.

    The post Leapmotor Sertai PPA Tour Asia Sebagai ‘Present Partner’ Singapore Open & Kuala Lumpur Cup first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah