28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Tak Sempat Lari’ – Bapa Mangsa T*kaman Di Sekolah Banting Dedah Keadaan Anak, Percaya Bukan Sasaran Suspek

    Shopee Sale

    Bapa kepada mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor percaya anaknya bukan sasaran sebenar dalam kejadian itu.

    Artikel Berkaitan: Suspek Didakwa Tikam Pelajar Di Sekolah Banting Ditahan, Polis Mohon Ibu Bapa & Masyarakat Jangan Buat Spekulasi

    Artikel Berkaitan: Polis Kongsi Keadaan Terkini Mangsa Selepas Dit*kam Di Sebuah Sekolah Di Banting

    Mangsa bukan sasaran utama

    Memetik laporan Harian Metro, bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim, 43, beranggapan anaknya menjadi mangsa kerana kebetulan berada berhampiran suspek ketika kejadian.

    Dalam pada itu, Mohd Firuz berpendapat anaknya tidak sempat menyelamatkan diri sebelum ditikam oleh suspek.

    Saya rasa anak saya bukan sasaran. Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya.

    Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri.

    Keadaan mangsa

    Mengulas lanjut, Mohd Firuz memaklumkan keadaan anaknya agak serius selepas paru-paru kirinya dilaporkan mengalami kecederaan.

    MENARIK:  CCTV Merekam Aliff Aziz & Ruhainies Berjalan Dari Lobi Ke Lif

    Bagaimanapun, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan masih mampu bercakap sebelum dibawa ke pusat perubatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

    Semasa saya sampai, keadaannya agak teruk.

    Tidak lama kemudian, mereka membawanya untuk menjalani imbasan bagi mengenal pasti tahap kecederaannya.

    Paru-paru kirinya tercedera. Dia sedar dan boleh bercakap.

    Sumber: Harian Metro

    The post ‘Dia Tak Sempat Lari’ – Bapa Mangsa T*kaman Di Sekolah Banting Dedah Keadaan Anak, Percaya Bukan Sasaran Suspek first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah