25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal negara

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara secara konsisten dalam memastikan ekonomi lebih mampan dan keyakinan pelabur tidak terjejas.

    Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata sejak memegang tampuk kepimpinan pada 2022, defisit fiskal yang mencecah 5.5 peratus sebelum ini telah berkurangan secara konsisten kepada 4.1 peratus pada 2024 dan unjuran sebanyak 3.8 peratus pada tahun ini.

    “Ada orang tanya mengapa nak turun sangat (defisit). Biarlah, kita boleh hulur kepada rakyat dan kalau tidak begini, keyakinan (pelabur) tidak ada.

    “Bagi saya, yang pertama ialah tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan ekonomi untuk melaksanakan dasar yang kita yakin baik. Itu yang penting.

    MENARIK:  Teresa hairan: ‘Siasatan polis sebenarnya tak perlu’ 

    “Keduanya, dengan ada keyakinan, (boleh) menyelesaikan banyak masalah soal hasil negara, peluang pekerjaan dan pembangunan keseluruhannya,” kata beliau pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

    Anwar berkata jumlah hutang juga kian menurun daripada RM100 bilion pada 2022 kepada RM85 bilion pada 2024 dan unjuran sebanyak RM80 bilion pada tahun ini.

    “Ini maknanya, sejak kita ambil alih, kita telah menurunkan hutang sebanyak RM20 bilion,” kata beliau.

    Dalam pada itu, Anwar turut menolak dakwaan bahawa kerajaan terlalu memberi penekanan terhadap isu pengurangan hutang sehingga menjejaskan kebajikan rakyat.

    Beliau berkata penyelesaian hutang negara tidak boleh dilakukan secara mendadak kerana ia memerlukan masa dan kesabaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah