34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kekosongan kerusi DUN Mahkota dimaklum kepada SPR – Speaker

    Shopee Sale

    Speaker Dewan Negeri Johor, Mohd Puad Zarkashi telah menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Mahkota.

    Mohd Puad berkata perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran faks susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Sharifah Azizah Syed Zain.

    “Justeru, pihak Dewan Negeri Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media.

    Sharifah, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada Jumaat lepas.

    Bekas Ketua Wanita Umno Johor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HEBHK pada Rabu lalu berikutan mengalami sesak nafas.

    MENARIK:  Rafidah: Kerajaan mesti segera nilai impak tarif baru Trump

    Sharifah memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri 2022 dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon PH, Taqiuddin Cheman; calon PN, Mohamad Nor Lingan serta calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah