27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kecelaruan dalam Gerakan susulan ugutan keluar PN?

    Shopee Sale

    Ugutan Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong untuk keluar dari gabungan Perikatan Nasional (PN) mula menyaksikan keretakan dalam parti itu yang sedang bergelut untuk kekal relevan dalam politik negara.

    Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Andy Tan mempersoalkan jika Oh mendapat kelulusan daripada pucuk pimpinan parti sebelum membuat kenyataan itu.

    Andy Tan

    “Adakah kenyataan itu pendirian peribadinya atau pendirian parti? Kerana pada pengetahuan saya, tiada pemimpin dalam parti kita yang menyebut perkara itu dalam mana-mana mesyuarat setakat ini.

    “Oh bukan ahli biasa… Dia memegang jawatan penting sebagai timbalan presiden. Justeru, kenyataannya tidak boleh dipandang ringan, dan saya tidak boleh tidak bertanya, adakah dia mendapat kelulusan daripada pucuk pimpinan parti untuk membuat kenyataan sedemikian?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

    Tan, yang "sangat tidak bersetuju" dengan Gerakan meninggalkan PN, bagaimanapun berkata dia bersedia mematuhinya jika parti memutuskan untuk berbuat demikian.

    Dia juga mahu Oh membangkitkan perkara itu untuk dibincangkan dalam majlis tertinggi PN.

    "Atau adakah dia ada agenda lain?" soalnya.

    Oh Tong Keong

    Sambil menyifatkan kenyataan timbalan presiden itu sebagai "serius" dan telah "menjejaskan hubungan" di kalangan sekutu PN, Tan berharap mendapat gambaran lebih jelas berhubung hala tuju parti.

    Susulan tindak balas PAS berhubung kontroversi yang menyelubungi isu kutipan derma untuk sekolah vernakular Cina, Oh berkata Gerakan tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan PN jika sekutunya terus mempamerkan ekstremisme agama dan melanggar hak orang bukan Islam.

    MENARIK:  Australia iktiraf Palestin dalam sidang PBB akan datang

    Menurut Oh, Gerakan kekal komited untuk menyokong usaha mengumpul dana, yang menjadi tumpuan kerana penglibatan sebuah syarikat arak.

    Susulan itu, pemimpin PAS menyatakan rasa kecewa dengan pendirian ditunjuk rakan mereka dalam PN itu yang dilihat senada dengan DAP.

    Malah, PAS memberi bayangan bahawa dengan pendirian tersebut tidak mustahil mereka akan memilih haluan berbeza dengan Gerakan dalam PRU-16 akan datang.

    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga pengarah pilihan raya PN, mencadangkan kepada Gerakan supaya keluar daripada PN jika mereka gagal belajar menghormati orang Melayu dan Islam di negara ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah