28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebakaran gas: K’jaan negeri salur sumbangan kepada anak Pahang – MB

    Shopee Sale

    Kerajaan Pahang menyerahkan sumbangan awal kepada seorang daripada mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor yang merupakan anak kelahiran negeri ini bagi meringankan beban dihadapi.

    Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sumbangan itu diserahkan kepada Zurina Mohd Isa, 49, oleh pegawai Sekretariat Perantau Anak Pahang Syed Anas Syed Ali ketika melawatnya di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights hari ini.

    "Semoga Puan Zurina dan keluarga yang berasal dari Jengka 8 terus tabah menghadapi dugaan dan ujian ini lebih-lebih lagi kejadian berlaku ketika kita sedang menyambut perayaan Aidilfitri.

    MENARIK:  Pandangan Johor 'rakan kongsi' bercanggah perlembagaan - Pakar

    "Inilah antara objektif utama kerajaan Pahang menubuhkan Sekretariat Perantau Anak Pahang agar kerajaan negeri dapat membantu dan menyantuni anak-anak Pahang di peranantauan supaya mereka tidak berasa tersisih dan sentiasa diberi perhatian terutamanya jika dilanda musibah,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Facebooknya malam ini.

    Insiden kebakaran besar pada 8.10 pagi Selasa itu menyaksikan api menjulang tinggi dan menghasilkan bahang panas serta debu yang memusnahkan deretan kediaman selain harta benda termasuk lebih 300 kenderaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah