34 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kastam Sabah rampas 6 kontena arak bernilai lebih RM2.74 juta

    Shopee Sale

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas enam kontena minuman keras dianggarkan bernilai lebih RM2.74 juta termasuk duti dan cukai dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran melalui Pelabuhan Sepanggar di kota Kinabalu pada 10 Mei lepas.

    Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata rampasan dibuat pada 9 pagi apabila pasukan serbuan membuat pemeriksaan ke atas 20 kontena di pelabuhan itu kerana disyaki ada barangan cuba diseludup masuk menggunakan kontena berkenaan.

    “Hasil pemeriksaan terhadap kesemua kontena itu mendapati sebanyak enam buah kontena berisi minuman keras dengan jumlah keseluruhan minuman keras jenis bir pelbagai jenama sebanyak 149,825 liter.

    “Anggaran nilai harga ialah RM484,788 dan anggaran duti sertai cukai terlibat sebanyak RM2,254,476,” katanya pada sidang media di kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  Ahli Parlimen PKR, DAP bela James Chai dari siasatan SPRM

    Beliau berkata modus operanandi yang dipercayai didalangi sindiket penyeludupan itu dengan memalsukan maklumat serta mengisytiharkan barangan itu sebagai barangan lain antaranya lampu, kunci dan jaring ikan.

    Mohd Nasir berkata siasatan tertumpu kepada ejen perkapalan kerana barangan diisytiharkan dalam kontena itu berbeza dan tidak mematuhi peraturan digariskan.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah