34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kami tak kompromi dengan sindiket ‘counter setting’ – imigresen 

    Shopee Sale

    Jabatan Imigresen (JIM) meneliti dan akan melaksanakan reformasi proses kerja serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dengan mengambil kira teguran yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

    Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata langkah penambahbaikan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

    Zakaria Shaaban

    “JIM mengambil maklum berhubung 11 kelemahan utama yang membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operanandi mengatur (setting) kaunter,” katanya dalam kenyataan hari ini.


    Baca: 2 pegawai Imigresen simpan RM800,000 dalam bilik tidur


    Semalam, Azam dilaporkan berkata kelemahan berkenaan merupakan punca utama kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas sehingga menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati ejen sindiket.

    Azam Baki

    Mengulas penahanan 49 pegawai imigresen kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing di pintu masuk negara, Zakaria berkata JIM tidak akan berkompromi terhadap salah laku seumpama itu dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia serta SPRM.

    MENARIK:  Belanjawan 2025: K'jaan disaran utamakan syarikat tempatan perkasa AI

    “Tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai tanpa mengira pangkat atau kedudukan yang didapati menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi sehingga melanggar undang-undang negara,” katanya.

    Beliau berkata ketegasan itu bertujuan menjamin keselamatan pintu masuk negara agar sentiasa terpelihara.

    Semalam, Azam mengesahkan pihaknya telah menahan 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki terlibat dalam kegiatan "counter setting" di pintu masuk negara menerusi Op Pump, Op Pump 2.0 dan Op Setting yang dijalankan sejak 20 Ogos lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah