29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ketua Threads’ Kamal Adli Diumum Sebagai Hos Baharu, Teraju Melodi Bersama Ain Edruce

    Shopee Sale

    Bukan sekadar gosip, Melodi kini melangkah ke era baharu dengan pelbagai elemen yang lebih segar namun masih mengekalkan kehangatan sama.

    Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Uqasha Senrose, Semoga Diberi Kebahagiaan Oleh Allah & Menjadi Ibu Terbaik’- Kamal Adli

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bukannya Ada Anxiety, Cuma Tiba-Tiba Rasa Sunyi..Tak Ada Orang Nak Borak’ – Kamal Adli

    Hos baharu

    Bermula 16 Julai ini, Melodi bakal bersiaran secara langsung setiap Khamis, jam 9.00 malam di TV3 dan turut distrim menerusi Tonton.

    Rancangan popular ini juga menyaksikan hos baharu iaitu aktor terkenal Kamal Adli bergandingan bersama Ain Edruce.

    Mengemudi bersama Ain, ‘Ketua’ di platform Threads ini juga dijangka bakal menyuntik elemen baharu di program ini. Bukan sahaja bakal menghiburkan penonton dengan gaya penyampaian yang bersahaja tetapi pendekatan yang lebih dinamik bakal diperkenalkan.

    MENARIK:  [VIDEO] Iqbal Zulkefli Perjelas Foto Dengan Diana Daniella, Akui Hanya Gimik Video Muzik – ‘Saya Sedar Diri Ini Gemuk & Pendek’

    Dalam masa sama, Melodi turut memperkenalkan segmen baharu iaitu Muzik-Muzik 41, yang membawakan perkembangan terkini carta muzik tempatan setiap minggu, selain menggalakkan penyertaan peminat dalam proses pengundian menuju ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). 

    Hot FM turut menjadi rakan radio rasmi Muzik-Muzik 41 menerusi segmen Carta Juara Lagu.

    Bersiaran setiap Ahad, jam 8.00 hingga 10.00 malam bersama Keymi, segmen ini membawakan 20 lagu yang menghuni Carta Muzik-Muzik setiap minggu, sekali gus memperkukuhkan sinergi antara televisyen, radio dan platform digital dalam meraikan industri muzik tempatan.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Melodi dengan penampilan serba baharu yang merangkumi pembaharuan pada identiti visual, set studio serta penyampaian kandungan yang lebih moden.

    The post [VIDEO] ‘Ketua Threads’ Kamal Adli Diumum Sebagai Hos Baharu, Teraju Melodi Bersama Ain Edruce first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah