31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bayi yang dimandikan Messi kini saingannya

    Shopee Sale

    Peristiwa itu berlaku pada tahun 2007. Lionel Messi, bintang muda Barcelona yang berusia 20 tahun, keluar secara senyap-senyap dari bilik persalinan pemain di Camp Nou dan melangkah ke sebuah bilik di sebelahnya.

    Dengan rambut separuh bahu dan baju berhud putih, ada sesuatu yang kelihatan suci pada lelaki yang kemudiannya diiktiraf sebagai antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah.

    Dia diiringi oleh pengawal peribadinya, manakala seorang jurugambar sedang sibuk membuat persiapan ketika semua mata tertumpu kepada bintang Argentina itu.

    Namun, pandangan mata Messi terarah kepada seorang ibu muda bersama bayi lelakinya yang masih kecil.

    Sheila Ebana baru berusia 16 tahun dan berasal dari Equatorial Guinea. Dia bekerja sebagai hamba di Catalonia apabila hamil bersama pasangannya Mounir Nasraoui, yang berasal dari Maghribi, sebelum mereka menetap di bandar Mataró.

    Di bandar itulah pasangan tersebut membesarkan bayi lelaki mereka, selepas memenangi cabutan bertuah Unicef untuk sesi fotografi bersama Messi di salah sebuah stadium bola sepak paling ikonik di dunia.

    Bayi kecil itu ialah Lamine Yamal, anak muda ajaib Sepanyol berusia 19 tahun yang akan menentang Messi dalam perlawanan akhir Piala Dunia Fifa pada pagi Isnin.

    Sebelum ini, foto tular itu disangkakan sebagai palsu atau janaan kecerdasan buatan (AI) oleh sesetengah pihak tetapi kemudiannya disahkan 100 peratus tulen dan mempunyai sejarah tersendiri.

    Jurufoto di sebalik gambar ikonik itu, Joan Monfort, mendedahkan sesi fotografi berkenaan dirakam bagi menjayakan projek kalendar kebajikan anjuran UNICEF dengan kerjasama Yayasan FC Barcelona.

    MENARIK:  Untung besar, bank harus serap kos RM1 guna ATM - Fomca

    "Mereka mendaftar untuk cabutan bertuah bagi sesi fotografi di Camp Nou bersama pemain Barça," kata jurugambar Associated Press, Joan Monfort.

    Sesi fotografi tersebut adalah untuk kalendar, dan pada waktu itu, Messi — yang kini bapa kepada tiga anak lelaki — tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukannya.

    "Messi seorang yang agak introvert, dia pemalu," kata Monfort.

    Mengenang kembali momen berkenaan, Yamal mengakui dia sendiri tidak menyedari kewujudan foto itu sehinggalah diberitahu oleh bapanya apabila gambar terbabit mula tular di media sosial.

    "Saya rasa tiada siapa yang berasa terganggu apabila dibanding dengan pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, tetapi perbandingan seperti itu boleh membebankan kerana kamu tidak akan pernah menjadi seperti beliau," kata Yamal apabila ditanya mengenai fenomena foto itu.

    Meskipun Messi tidak pernah mengulas secara terperinci mengenai sesi fotografi lama itu, kapten Argentina berkenaan kerap memuji bakat luar biasa Yamal dan menyifatkannya sebagai antara pemain muda terbaik dunia ketika ini.

    Hampir dua dekad selepas pertemuan tidak sengaja dalam sesi fotografi itu, takdir sekali lagi menemukan kedua-dua permata bola sepak dunia berkenaan dengan kali ini di pentas teragung untuk memburu trofi kejuaraan Piala Dunia 2026.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah