Pelakon, Siti Khadijah Halim memilih untuk tidak menghakimi individu yang mengambil keputusan menjalani prosedur kecantikan demi tampil lebih menarik.
Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Tolak Babak Berkemban, Buat Permintaan Untuk Pakai ‘Cardigan’ – ‘Kalau Kena Pakai Seksi, Saya Minta Tukar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bercinta Dah Selesa 50-50, Nanti Kahwin Lupa Tanggungjawab Sebagai Lelaki’ – Siti Khadijah
Prosedur kecantikan

Ketika ditemui , pemilik nama Siti Khadijah Abdul Halim, 29, berkata bukan tempatnya untuk memberikan pandangan kerana setiap keputusan yang dibuat adalah hak peribadi masing-masing.
Pada saya, ini bukan tempat saya untuk bercakap sebabkan perbalahan orang lain. Siapalah saya untuk komen tapi pada saya jangan berkata lebih sebab kita pun tak tahu bila masa kita kena.
Bila kita semakin dewasa, kita boleh berfikir tapi kadang-kadang wang pun boleh mengubah segala-galanya.
Bila kita banyak duit, kita mungkin sedikit lalai dan nak naik taraf.
Mungkin bila kita ada duit lebih kita pergi buat rawatan muka kemudian berubah ke arah nak buat dagu, kening atau macam-macam lagi.
Siti Khadijah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran perdana drama Cinta Dalam Sekam dan What’s Next On Viu, pada petang Rabu di ibu kota.
Dalam pada itu, pelakon filem Khadam itu tidak menolak pengaruh persekitaran menjadi salah satu faktor yang menyebabkan segelintir individu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan terhadap penampilan diri.
Kadang-kadang benda begini di sekeliling boleh mengubah kita.
Jadi apa yang saya boleh cakap dan pesanan diri adalah jangan bercakap lebih sebab kita tak tahu kita akan ke mana.
Sementara itu, Siti Khadijah meluahkan rasa syukur terhadap pujian yang diterima mengenai kecantikannya namun berharap tidak berlebihan kerana bimbang boleh mengundang penyakit ain.
Saya tiada Threads, tapi ramai juga kenalan saya yang tangkap layar dan hantarkan kepada saya.
Saya rasa sangat berterima kasih kepada mereka yang memuat naik. Saya rasa terharu tapi sebenarnya saya biasa sahaja.
Tolong jangan ada ‘high expectation’ (jangkaan tinggi). Takut jumpa dalam kehidupan sebenarnya tiba-tiba lain.
Takut, saya biasa-biasa saja. Jangan puji lebih-lebih, nanti naik jerawat. Penyakit ain ini serius.
The post [VIDEO] ‘Jangan Berkata Lebih, Kita Pun Tak Tahu Bila Kita Kena’ – Siti Khadijah Halim first appeared on OHBULAN!.





