27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPM kesal video mengelirukan dakwa Negaraku dinyanyi dalam bahasa Cina

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) kesal tindakan seorang pempengaruh politik menularkan sebuah video yang mengelirukan masyarakat dengan mendakwa lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan di sebuah sekolah di Perak.

    KPM dalam kenyataan memaklumkan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi sebenarnya lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.

    “Lagu yang dinyanyikan ini adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.

    MENARIK:  Lelaki ugut bunuh Harith Iskander, keluarga didakwa di mahkamah esok

    “Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul,” menurut kenyataan itu semalam.

    Sehubungan itu KPM menasihatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.

    Terdahulu, tular beberapa video di laman media sosial termasuk TikTok menunjukkan rakaman nyanyian lagu di sebuah sekolah yang didakwa dinyanyikan dalam bahasa Cina.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah