29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JIPS siasat anggota pengiring didakwa pukul pemandu OKU

    Shopee Sale

    Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-panggilan Orang Kurang Upaya (OKU) di lobi sebuah hotel di ibu negara bulan lepas.

    Pengarah JIPS Datuk Seri Azri Ahmad berkata siasatan dilakukan itu adalah dari aspek tatatertib melibatkan warga PDRM.

    Beliau berkata mangsa telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam pada jam 11 pagi bagi membantu siasatan tatatertib dengan diiringi peguam dan jurubahasa.

    “JIPS akan meneliti kes ini dari sudut prosedur operasi standard (SOP) untuk mengesan sebarang pelanggaran atau salah laku semasa pelaksanaan penugasan.

    Mangsa pukul, OKU pekak Ong Ing Keong.

    “Siasatan masih di peringkat awal dan JIPS akan memanggil saksi-saksi lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

    Menurut Azri, pihak JIPS turut menegaskan akan menjalankan siasatan secara telus dan tanpa kompromi.

    Terdahulu, pada 28 Mei lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada 1 tengah hari mendakwa diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

    MENARIK:  PM gesa kesepakatan antarabangsa usir Israel dari PBB

    Mangsa kemudian membuat laporan kedua pada 9.59 malam hari yang sama menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes.

    Berdasarkan laporan media, mangsa membuat laporan selepas dipukul ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields dan mendakwa ditumbuk di kepala serta diminta mengalihkan kenderaannya.

    Susulan itu, pemandu terbabit Ong Ing Keong, 46, membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah