27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan biadab pertikai kelebihan umat Islam, kata pemimpin Umno

    Shopee Sale

    Adun Lenggeng, Asna Amin membidas seorang senator DAP selepas didakwa mempertikaikan sumbangan kepada saudara baru yang memeluk Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

    Menurut Asna, kenyataan RA Lingeshwaran bukan sahaja biadab, malah menunjukkan dia tidak memahami kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

    "Saya nak maklumkan kepada Senator DAP ini bahawa ini negara Malaysia yang mana agama rasminya adalah agama Islam.

    "Dakwah kepada penganut bukan Islam tidak bertentangan dengan Perlembagaan, apatah lagi membantu saudara baru.

    "Jangan besar kepala sampai mahu menganggu kedudukan Islam serta kelebihan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

    Isu itu tercetus selepas poster bertajuk ‘Pendaftaran Saudara Baharu (Mualaf)’ tular di media sosial itu menawarkan beberapa manfaat kepada pelajar yang memeluk Islam, termasuk mendapat yuran pengajian percuma.

    Pada poster berkenaan tertera logo UPSI, Pusat Islam universiti itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, serta lambang Malaysia Madani.

    Mahasiswa yang memeluk Islam juga ditawarkan bantuan kewangan serta boleh menyertai sesi perkongsian pengalaman bersama mualaf lain, selain poster itu turut mempromosikan kelas bimbingan untuk mahasiswa bukan Islam yang berminat mendalami agama itu.

    UPSI kemudian menjelaskan bahawa poster berkenaan tidak pernah dibentangkan dan mendapat kelulusan pihak pengurusan universiti serta tidak pernah disebarkan menerusi mana-mana saluran rasmi universiti.

    Bagaimanapun Lingeshwaran berkata perkara itu tetap perlu disiasat kerana mencetuskan kebimbangan orang ramai dan penafian pihak universiti sahaja tidak mencukupi memandangkan bahan itu menyentuh isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

    MENARIK:  Sindiket 'counter setting': 3 anggota imigresen direman 7 hari

    Kenyataan itu dibidas Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan Islam merupakan agama rasmi di Malaysia dan ia boleh dikembangkan termasuk di Pusat Pengajian Tinggi seperti UPSI.

    Menjawab kenyataan itu, Lingeshwaran hari ini menegaskan bahawa institusi pendidikan awam di negara ini adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

    "Justeru institusi ini tidak wajar sama sekali dimanipulasi atau dieksploitasi sebagai platform untuk menggalakkan penukaran agama, sama ada secara langsung atau melalui insentif, keistimewaan atau sebarang bentuk galakan yang boleh menimbulkan persepsi tidak sihat," katanya.

    Katanya, walaupun kebebasam beragama dijamin di bawah perlembagaan persekutuan termasuk penyebaran agama Islam, ia hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika dan berhemah.

    Sementara itu, Asna yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan mengingatkan pemimpin DAP itu supaya tidak sesekali menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

    Katanya, tindakan sedemikian boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam yang berpotensi membawa kepada ketegangan.

    "Berhati-hatilah dalam melontarkan kritikan, jangan sesekali menyentuh perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya yang juga Naib Ketua Umno bahagian Seremban.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah