Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi momen istimewa sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Sambutan hari jadi Amayan
View on Threads
Mengimbau kembali detik bergelar bapa buat kali pertama, Aliff mengakui dia berasa masih terlalu muda dan belum benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab besar tersebut.
Namun, pengalaman membesarkan Ammar menjadi antara fasa paling bermakna dalam kehidupannya.
Masa Ammar lahir ke dunia ni, saya rasa saya tak bersedia lagi nak jadi abah sebab saya rasa saya terlalu muda.
Bila dia dah besar macam ni, saya rasa… betul ke saya dah tua dan dia dah umur 18 tahun? Cepat masa berlalu.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama hantaran tersebut, Aliff turut menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk bergelar seorang bapa serta membesarkan anak-anaknya sehingga ke hari ini.
Cepat masa berlalu, Ammar Ahyan dah besar dah sekarang, moment menjadi abah adalah moment paling terindah.
Happy Birthday Ammar Ahyan anak sayang abah, abah doakan Ammar berjaya dunia dan akhirat.
Abah dan Mama akan selalu sapport apapun pilihan hidup Ammar Ahyan di masa akan datang.
Terima kasih dah bagi abah chance untuk menjadi seorang abah untuk Amayan dan adik-adik.
Sumber: Threads Aliff Syukri
The post [VIDEO] ‘Terima Kasih Bagi Abah Peluang Untuk Jadi Seorang Bapa Buat Amayan & Adik-Adik’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





