29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fathia Latiff Enggan Fikir Soal Kahwin Pada Usia 40 – ‘Melainkan Masih Cantik, Ada Harapan’

    Shopee Sale

    Pelakon, Fathia Latiff mengakui dirinya tidak mahu lagi memikirkan soal perkahwinan apabila usianya mencecah 40 tahun kelak.

    Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Perjuangan Lawan Skizofrenia, Semakin Pulih Selepas Rawatan – ‘Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu’

    Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman – ‘Yang Kacak, Takkan Saya Nak Pilih Yang Gigi Rongak’

    Malas fikir kahwin

    Menerusi hantaran di Threads, Fathia, 38, berkata, fokus utamanya ketika ini adalah mencari kebahagiaan dalam kehidupan tanpa meletakkan perkahwinan sebagai matlamat utama.

    Pada saya, apabila umur saya sudah sampai usia 40 tahun, saya dah berhenti fikir fasal kahwin, melainkan diri masih lagi cantik, itu masih ada harapan lagi.

    Tapi kalau dah rupa nak sama macam kipas rumah, hentikanlah harapan nak (kahwin) itu.

    Tambah pelakon drama Ariana Rose itu, kebahagiaan tidak seharusnya diukur berdasarkan status perkahwinan kerana masih banyak perkara lain yang boleh memberikan kepuasan dan ketenangan dalam hidup.

    Saya cuba cari kebahagiaan dari arah lain pula kerana kahwin bukannya pengakhiran untuk dunia ini. Siapa yang setuju dengan saya?.

    Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ramai yang bersetuju bahawa perkahwinan bukan satu-satunya penentu kebahagiaan seseorang.

    MENARIK:  ‘Pengalaman Kehilangan Barang Peribadi Ketika Melancong’ – Awal Ashaari

    Malah, ada yang berpendapat setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan rezeki yang berbeza, justeru tidak wajar meletakkan tekanan terhadap diri sendiri hanya kerana belum bertemu jodoh.

    Sumber: Threads

    The post Fathia Latiff Enggan Fikir Soal Kahwin Pada Usia 40 – ‘Melainkan Masih Cantik, Ada Harapan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah