Larian Run For Gold hampir sampai ke penamatnya apabila SG Lim bakal melengkapkan misi larian sejauh 2,200 kilometer merentasi Semenanjung Malaysia bagi meningkatkan kesedaran serta mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.
Artikel Berkaitan: Disertai Lebih 10,000 Pelari, Sunway-Rapid KL Good Run 2024 Berjaya Raih RM430,000 Sumbangan
Larian penuh makna
View this post on Instagram
Padi 21 Jun 2026, SG Lim yang juga bekas pelajar Penang Free School dijadualkan kembali ke sekolah berkenaan bagi melengkapkan larian tersebut.
Acara yang dikenali sebagai Relay For Life Malaysia 2026: Run For Gold Homecoming itu akan berlangsung dari jam 4 petang hingga 8 malam, manakala SG Lim bakal tiba sekitar jam 5 petang.
Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dijemput untuk bersama-sama menyertai larian ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni tersebut.
Selain itu, acara tersebut terbuka kepada semua individu tanpa mengira usia, latar belakang termasuk bekas pelajar Penang Free School, pelajar, keluarga, komuniti pelari, pesakit kanser yang sembuh serta penjaga.
Berikut adalah butiran acara ini:
- Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
- Masa: 4:00 PM – 8:00PM
- Lokasi : Penang Free School
Kadar penyertaan bagi peserta:
- Individu : RM32 seorang
- 4 orang (kumpulan) : RM22 seorang
- 10 orang (kumpulan) : RM22 seorang
Peserta turut menerima jersi eksklusif serta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti komuniti yang disediakan.
Untuk makluman, semua hasil kutipan daripada pendaftaran kit larian dan penyertaan gerai-gerai sepanjang acara ini disalurkan kepada dana Run For Gold yang akan membantu Children’s Home of Hope di bawah National Cancer Society Malaysia (NCSM).
Inisiatif tersebut membantu pesakit kanser kanak-kanak serta penjaga mereka khususnya keluarga B40 dengan menyediakan sokongan dan mengurangkan bebanan kos ketika tempoh rawatan.
Kepulangan SG Lim ke Pulau Pinang bukan sekadar penamat kepada satu perjalanan sejauh 2,200 kilometer, malah menjadi simbol harapan, semangat dan solidariti masyarakat dalam membantu kanak-kanak yang sedang berjuang melawan kanser.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dan menjadi sebahagian daripada detik istimewa itu sambil menyumbang kepada sebuah misi yang membawa impak besar kepada kehidupan.
Untuk mereka yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri di Run For Gold Homecoming Registration atau terus menyumbang kepada kempen ini di https://www.runforgold.my/support-the-cause/.
The post ‘Run For Gold’ Bakal Tamat Di Pulau Pinang, Orang Ramai Berpeluang Sertai 2,200 Meter Terakhir first appeared on OHBULAN!.





