30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azeva Terkedu Terima Hadiah Telefon Pintar Daripada Peminat – ‘Biar Betul, Harganya Mahal’

    Shopee Sale

    Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha tidak menyangka menerima hadiah berupa sebuah telefon pintar daripada salah seorang peminatnya.

    Artikel Berkaitan: Isteri Nafi Halang Ameng Sokong Azeva Di TTMM – ‘Yang Cakap Itu, Aku Tak Maafkan Kau Dunia Akhirat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dari Kecil Hadapi Krisis Kehidupan, Saya Nak Lelaki Yang Matang Dari Segi Emosi’ – Azeva Natassha

    Hadiah peminat

    View on Threads

    Menerusi potongan klip siaran langsung, Azeva meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mengeluarkan telefon pintar tersebut daripada beg kertas yang diterimanya.

    Kata Azeva, sukar untuknya menerima hadiah tersebut kerana mengetahui nilainya yang agak tinggi.

    Bagaimanapun, dia akhirnya akur dan menerimanya sebagai tanda penghargaan atas keikhlasan peminat berkenaan.

    Ada telefon pintar. Berapa harga ni kalian? RM3,000 harga tu? Biar betul. Mahalnya.

    Terima kasih tapi mahal sangat. Ada bunga juga dalam beg kertas ni. Saya sangat hargainya.

    Dalam pada itu, Azeva berharap para peminatnya tidak berbelanja secara berlebihan atau menghabiskan wang semata-mata untuk membelikannya hadiah yang mahal.

    Bagi saya ratusan ringgit pun mahal. Kalau dah sampai RM100 pun mahal, janganlah bazirkan duit kalian.

    Tapi apa pun, saya sangat hargai pemberian ini sebab saya sememangnya memerlukan telefon pintar lagi satu.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Apakah Shakilla Khoriri Sudah Menikah? Ramona Berkongsi Foto Berbaju Pengantin

    The post Azeva Terkedu Terima Hadiah Telefon Pintar Daripada Peminat – ‘Biar Betul, Harganya Mahal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah