32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin G7 bincang pemulihan ekonomi global

    Shopee Sale

    Pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) akan membincangkan langkah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mampan pada Rabu ketika berdepan tekanan yang ditimbulkan oleh peranang di Iran terhadap ekonomi global, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Perkara itu merupakan antara agenda pada hari terakhir sidang kemuncak yang berlangsung di bandar perananginan Evian, Perancis.

    G7 dianggotai Jerman, Perancis, Britain, Itali, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Perancis memegang jawatan presiden bergilir kumpulan itu pada tahun ini.

    Perbincangan berlangsung dengan latar belakang perjanjian rangka kerja yang bertujuan menamatkan peranang di Iran telah dicapai, namun kebimbangan terhadap kesan ekonomi akibat konflik itu masih berterusan.

    MENARIK:  Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tak bergerak solo - SPRM

    Para pemimpin dijangka memberi tumpuan kepada langkah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan hubungan perdagangan serta memastikan persaingan yang adil dalam persekitaran global yang semakin tidak menentu.

    Dasar tarif agresif Presiden AS Donald Trump telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan G7 Washington dan dijangka menjadi antara topik utama perbincangan.

    Selepas sidang kemuncak itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron dijadual menjadi tuan rumah kepada Trump di Istana Versailles berhampiran Paris.

    Macron turut akan menganjurkan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS.

    Kedua-dua pemimpin itu sering bertikam lidah sebelum ini, namun Macron berusaha memperbaiki hubungan sepanjang sidang kemuncak di Evian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah