29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    X Factor Tidak Pernah Bubar, Kini Bersatu Dengan Jiwa Lebih Matang

    Shopee Sale

    Anggota kumpulan X Factor, Fendi tampil menegaskan kehilangan boyband popular era 1990-an itu daripada industri muzik selama hampir dua dekad bukan berpunca daripada sebarang perselisihan, sebaliknya kerana setiap anggotanya memilih untuk memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Suka, Tak Payah Tengok’ – Abby Abadi Tegur Netizen ‘Bitter’ Tengok Lakonan Bersama Zack X Factor

    Artikel Berkaitan: KRU Menang Anugerah Selepas Lebih 20 Tahun – ‘Sebenarnya Bukan Kami Tetapi Peminat’ 

    Tidak bergaduh

    Ketika ditemui , Fendi, 49, menjelaskan sepanjang tempoh 17 tahun itu mereka jarang berhubung atau bertanya khabar, namun X Factor tidak pernah dibubarkan secara rasmi.

    Sepanjang kami tidak muncul daripada industri muzik, bukan sebab bergaduh atau ada perselisihan faham.

    Sebaliknya, bila masing-masing sudah berkeluarga dan ada kerjaya sendiri, kumpulan kami ini perlahan-lahan menjadi senyap.

    Masing-masing membawa haluan sendiri dan sepanjang tempoh itu juga kami jarang berhubung atau bertanya khabar.

    Tetapi, X Factor tidak pernah dibubarkan secara rasmi.

    Kami hanya membawa haluan masing-masing.

    Fendi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media X Factor, pra pelancaran single Walu Walu di Urbanhive, Putrajaya pada Selasa.

    Dalam pada itu, Danny, 46, memaklumkan bahawa mereka masih mendapat kebenaran daripada KRU untuk menggunakan nama X Factor sempena kemunculan semula kumpulan tersebut.

    KRU masih membenarkan kami menggunakan nama X Factor.

    Kalau tidak dibenarkan lagi, semestinya kami terpaksa menukar nama kumpulan ini.

    Kami pun ada menjemput anggota KRU ke majlis ini, tetapi kami faham mereka juga mempunyai komitmen sendiri dan tidak dapat hadir.

    Sedia terima kritikan

    Sementara itu, Zack, 49, menegaskan bahawa mereka terbuka untuk menerima segala komen dan pandangan peminat terhadap single terbaharu X Factor berjudul ‘Walu Walu’.

    MENARIK:  ‘Saya Bagi Anak-Anak Guna Tablet Seminggu Sekali & Isi Masa Dengan Aktiviti Berfaedah’ – Daler Yusuf

    Tambahnya lagi, selepas bergelar bapa, mereka kini lebih matang dan memilih untuk tidak melayan komen berbaur negatif, sebaliknya menjadikan setiap kritikan sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan X Factor dalam industri muzik.

    Kami terima segala komen, tidak kisah sama ada positif atau negatif.

    Mungkin kerana sekarang kami semua sudah bergelar bapa, jiwa kami lebih matang.

    Kami santai sahaja dan rasanya tidak perlu membalas komen yang pedas.

    Bagi kami, komen negatif juga ada manfaat kerana dapat membantu X Factor memperbaiki kelemahan yang ada.

    The post X Factor Tidak Pernah Bubar, Kini Bersatu Dengan Jiwa Lebih Matang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah