29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Lebih Dua Dekad Tanpa Karya Solo, Yusry Kembali Dengan Lagu Baharu ‘Jiwa & Raga’

    Shopee Sale

    Selebriti terkenal tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim kembali dengan sebuah single terbaharunya yang berjudul Jiwa & Raga selepas lebih tiga dekad mengukir nama dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Yusry Tak Tolak Hasilkan Lagi Filem Epik Sejarah, Akui Kos Antara Cabaran Terbesar

    Artikel Berkaitan: Yusry Tak Sangka Watak ‘Datuk Muzaffar’ Jadi Fenomena – ‘Ramai Pula Yang Suka Orang Tua’

    Single terbaharu Yusry

    Jiwa & Raga merupakan single solo pertama Yusry selepas lebih dua dekad sejak pelancaran lagu popularnya iaitu Dekat Padamu pada tahun 2003, menjadikan karya ini sebagai sebuah perjalanan baharu dalam kerjayanya.

    Single ini mengangkat tema cinta, pengorbanan dan keikhlasan, yang juga merupakan sebuah lagu balada penuh emosi.

    Diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia, lagu Jiwa & Raga merupakan hasil ciptaan penyanyi rap dan penulis lirik, Luca Sickta.

    Menurut Yusry, 53, kekuatan emosi yang ada pada lagu ini telah menyentuh hatinya saat pertama kali mendengar demo.

    Bila saya dengar demo lagu ini buat pertama kali, saya terus rasa ada sesuatu yang sangat jujur dalam melodi dan liriknya.

    Ia bukan sekadar lagu cinta biasa, ia ada rasa kehilangan, pengorbanan dan ketulusan yang dekat dengan kehidupan sebenar.

    Tambah Yusry, Jiwa & Raga membawa maksud cinta yang diberikan sepenuhnya tanpa syarat, sehingga seseorang sanggup menyerahkan seluruh jiwa dan dirinya demi insan yang dicintai.

    Bagi saya, lagu ini menggambarkan seseorang yang mencintai dengan sepenuh hati, bukan separuh jalan, dan bukan sekadar kata-kata.

    Apabila seseorang sanggup memberi ‘Jiwa & Raga’, itu adalah tahap cinta yang paling dalam.

    Dalam masa sama, Yusry juga mengakui cabaran terbesar ketika merakamkan lagu ini bukan dari segi teknikal nyanyian tetapi cara penyampaiannya yang tulus dan sederhana.

    Lagu ini tidak memerlukan nyanyian yang terlalu besar atau berlebihan. Cabaran sebenar adalah untuk buat pendengar percaya pada setiap rasa yang disampaikan.

    Kadang-kadang emosi yang paling perlahan itulah yang paling kuat.

    Sementara itu, Luca berkata, sejak awal proses penciptaan lagu, dia percaya bahawa Yusry mempunyai kematangan dan kejujuran yang diperlukan untuk menghidupkan emosi di dalam karya ciptaannya.

    Saya mahu Jiwa & Raga kedengaran jujur dan dekat dengan kehidupan sebenar. Lagu ini berkisar tentang cinta, kesetiaan dan pengorbanan yang ramai pernah lalui.

    Sejak awal lagi, saya dapat membayangkan Yusry menyampaikan emosi itu dengan cara yang sangat tulus dan bermakna.

    Untuk info, Jiwa & Raga kini boleh distrim di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify dan YouTube.

    MENARIK:  Duduk Sebumbung, Anak Buntu Nak Tegur Pakaian Ibu Mencolok Mata Depan Menantu – ‘Mak Pakai Singlet & Tak Pakai Bra’

    The post Selepas Lebih Dua Dekad Tanpa Karya Solo, Yusry Kembali Dengan Lagu Baharu ‘Jiwa & Raga’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah