28 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jaminan polis terhadap Namewee disambung sampai 10 Dis

    Shopee Sale

    Jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama 14 hari lagi bermula esok hingga 10 Dis ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata jaminan disambung memandangkan pihak polis masih menunggu laporan toksikologi dan bezah siasat berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan Hsieh Yun Hsin, 33, pada 22 Okt lepas.

    “Jaminan polis telah disambung pada 4 petang tadi,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

    Namewee direman pada 5 hingga 13 Nov lepas, sebelum penyanyi itu dilepaskan dengan jaminan polis hingga hari ini bagi menunggu laporan bezah siasat mangsa.

    MENARIK:  Rafizi perjelas kenapa dia 'banyak membisu' dalam kabinet

    Hsieh ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay dekat sini pada 22 Okt lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bezah siasat.

    Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama wanita itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah