25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azlee Senario Kongsi Jasa Arwah Jalil Hamid, Sifatkan Kehilangan Yang Berharga Dalam Industri – ‘Banyak Ajar Teknik Lakonan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pelawak, Azlee Senario menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid sebagai seorang insan yang banyak berjasa sepanjang penglibatannya dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Anak Dedah Jalil Hamid Kecewa , Hasrat Tunaikan Haji Terbantut – ‘Dah Pergi Kursus Tapi Tak Dapat Teruskan’

    Pemergian pelakon veteran

    Ketika ditemui , Azlee atau nama lengkapnya Muhammad Azlee Jaafar mengakui seakan tidak percaya dengan berita duka yang diterimanya.

    Tambah Azlee, sejurus menerima pengesahan berita tersebut, dia segera memaklumkan kepada rakan selebriti lain seperti Wahid dan Pak Ya.

    Saya ini jenis yang tidak mudah percaya dengan berita media sosial selagi tidak mendapat pengesahan daripada pihak yang betul seperti Seniman atau Karyawan.

    Namun, selepas saya sendiri menghubungi anak arwah dan dia mengesahkan ayahnya sudah tiada, barulah saya ambil tanggungjawab maklumkan kepada rakan-rakan artis yang lain.

    Tadi saya sempat hubungi rakan-rakan Senario yang lain. Wahid dan Pak Ya kini berada di Ipoh, mereka semua terkejut dan menangis dengan khabar ini.

    Azlee berkata demikian ketika ditemui di Masjid Munawwarah, Shah Alam, sebentar tadi.

    Mengulas lanjut mengenai jasa Allahyarham, Azlee mengimbau kembali segala tunjuk ajar yang diberikan bagi memperbaiki teknik lakonan sebagai anak seni.

    Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar untuk industri hiburan tanah air yang tiada galang gantinya.

    Banyak jasa arwah kepada Senario. Semasa penggambaran sitkom dahulu, dialah yang banyak beri tunjuk ajar kami seperti cara menggunakan pentas dengan betul, cara menguasai ruang dan teknik lakonan yang berkesan.

    Kali terakhir Azlee bekerjasama dengan Allahyarham adalah menerusi sebuah naskhah drama yang menjalani penggambaran di Kuang, Selangor beberapa tahun lalu.

    MENARIK:  Kara Raikan Ramadan Bersama Anak Yatim & Ibu Tunggal Di Rumah Titian Kaseh

    Walaupun mengetahui Allahyarham sudah lama menderita sakit sebelum ini, Azlee berkata mereka sentiasa mendoakan kesihatan arwah dan terkejut apabila keadaan kesihatannya merosot secara tiba-tiba selepas kembali aktif.

    Terdahulu, Allahyarham Jalil Hamid dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.

    Berita itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil menerusi Instagram. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.

    Sepanjang hajatnya Allahyarham disegani kerana bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.

    The post Azlee Senario Kongsi Jasa Arwah Jalil Hamid, Sifatkan Kehilangan Yang Berharga Dalam Industri – ‘Banyak Ajar Teknik Lakonan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah