30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jadikan kontroversi myBurgerLab pengajaran – Saifuddin

    Shopee Sale

    Tindakan MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan ketua pegawai operasinya, Andrew Chong kerana membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti agama wajar dijadikan pengajaran kepada semua pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Beliau berkata insiden berkenaan menunjukkan betapa pentingnya semua pihak memelihara tanggungjawab sosial dan sensitiviti dalam masyarakat majmuk di negara ini.

    “Ini menunjukkkan mereka (MyBurgerLab) mengambil berat, mengambil serius dan bertindak. Pengajarannya, di negara kita ini ada fabrik sosial yang telah lama wujud, membolehkan kita hidup dengan aman damai," katanya.

    Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Taiping hari ini.

    MENARIK:  Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan perlu dihormati - Zahid

    Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution mengingatkan penganjur konvoi agar memberikan taklimat mengenai pematuhan undang-undang jalan raya seperti had laju dan jarak selamat kepada peserta selain bekerjasama dengan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.

    "Konvoi itu satu hobi perlu digalakkan, tetapi mesti mematuhi garis panduan keselamatan. Jangan sampai menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain apatah lagi yang melibatkan nyawa," katanya.

    Beliau mengulas mengenai penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu semalam yang mengundang perhatian ramai selepas berlaku kemalangan maut melibatkan peserta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah