31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sanusi hantar surat saman kepada pengarah pilihan raya PKR Selangor

    Shopee Sale

    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Nor mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Sathia Prakash Nadarajan kerana didakwa salah memetik kenyataannya dalam ulasan video baru-baru ini.

    Kenyataan Sathia itu dibuat bagi mengulas  ucapan Sanusi semasa kempen pilihan raya di Negeri Sembilan. Dalam ucapan berkenaan, Sanusi menyatakan bahawa ketika orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu, orang Cina dan India masing-masing mempunyai China dan India.

    “Ada ramai lagi dalam senarai untuk menerima LOD seumpama ini dengan tuntutan yang sesuai dengan ‘tujuan dan kemahuan’ mereka sendiri melalui tindakan mereka memutar belit, menokok tambah, mengada-adakan yang tiada, memberi komen berasaskan sumber yang telah diputarbelit tanpa periksa, memesong dan memanipulasi ucapan saya di luar maksud sebenar. 

    “Semoga memberi pengajaran kepada semua,” katanya dalam satu hantaran  di Facebook.

    Terdahulu, media melaporkan Sanusi ketika berceramah di Jempol menyebut yang orang Melayu tidak mempunyai tanah air lain kecuali Malaysia berbanding kaum-kaum lain.

    MENARIK:  Nahas Karak: Pemandu lori direman empat hari

    “Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu (Malaysia) ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand.

    "Melayu di mana? Melayu di sini saja," katanya dalam ceramah yang dihadiri lebih 300 hadirin..

    Sathia Prakash Nadarajan

    Susulan itu, Sathia bersama dua rakannya telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi membuat tiga laporan polis berasingan terhadap Sanusi pada Jumaat lalu.

    Sathia menegaskan bahawa tindakan pemimpin PAS yang kerap memainkan naratif agama, raja, dan kaum (3R) demi meraih undi politik tidak boleh lagi dibiarkan.

    Malaysiakini semalam menerbitkan transkripsi daripada video ceramah berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah