28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu RUU Mufti: Asri sedia jadi tetamu KS, percaya Nai’m akan hadir

    Shopee Sale

    Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyambut pelawaan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan untuk menjadi tetamu dalam rancangan 'Keluar Sekejap' Isnin depan.

    Mohd Asri berkata dia juga percaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Nai'm Mokhtar akan turut serta bagi membincang isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

    “Insya-Allah saya hadir. Saya percaya YB Menteri Agama juga tentu hadir,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya yang turut memuat naik surat jemputan dari Khairy.

    Mohd Asri diundang sebagai tetamu program berkenaan bagi membincangkan isu-isu semasa khususnya berkaitan dengan penggubalan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 yang dijadualkan dibentang di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

    Mufti Perlis itu yang merupakan pengkritik paling keras dan lantang RUU itu bakal digandingkan dengan Mohd Na’im dalam episod terbabit bagi memberikan perspektif lebih luas dan mendalam.

    Mohd Nai'm Mokhtar

    Ia bukan sahaja akan membincangkan RUU tersebut tetapi juga isu-isu berkaitan Islam.

    Jika segala-galanya berjalan lancar, program berkenaan dijadualkan pada jam 8 malam, 28 Oktober depan.

    Bacaan pertama RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 dilakukan pada Julai lalu dan merupakan salah satu daripada tiga rang undang-undang berkaitan hal ehwal Islam yang sedang dibentangkan untuk pindaan.

    MENARIK:  Polis tahan pendakwah bebas didakwa sebar video seks dengan isteri

    Ia digubal antaranya untuk memberi takrifan kepada ahli Sunnah wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Asyairah dan Maturidiah.

    Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail

    Selain Mohd Asri, turut mengkritik RUU itu adalah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang menyifatkannya sebagai membawa “tafsiran sempit” dan tidak inklusif mengenai Ahli Sunnah wal Jamaah.

    Pada 14 Okt lalu, Mohd Asri dalam satu hantaran di Facebook meminta media rasmi kerajaan memberi ruang kepadanya untuk berdialog dengan Mohd Na'im supaya rakyat dapat menilai kemampuan menteri berkenaan.

    Bagaimanapun Mohd Nai'm enggan mengulas ajakan dialog yang disuarakan Mohd Asri.

    Menurut Mohd Naim dia menghormati pandangan semua pihak berkaitan RUU itu tetapi menegaskan perbezaan pendapat yang tidak diurus dengan baik boleh memecahbelahkan umat Islam.

    Malaysiakini sedang mendapatkan respon balas Mohd Na’im berhubung jemputan Khairy.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah