27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu projek antara punca krisis politik di Perlis – Abdul Hadi

    Shopee Sale

    Isu melibatkan beberapa projek di Perlis antara punca krisis politik yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar, Shukri Ramli.

    Bercakap pada satu sidang media di Marang hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata banyak projek besar di negeri itu tidak mengikut peraturan.

    "Projek banyak sangat. Projek tak ikut peraturan pula, salah. Di sebaliknya ada rasuah, di sebaliknya ada macam-macam.

    “Dia (Shukri) tak boleh ikut. Saya tak perlu sebutlah siapa dia.

    "Jadi bila kuat tekanan, kita terpaksa bertindaklah,” kata Abdul Hadi.

    Bagaimanapun Abdul Hadi tidak menerangkan lebih lanjut projek besar yang dimaksudkannya.

    Terdahulu, PAS semalam memaklumkan keahlian tiga Adun Perlis terhenti berkuat kuasa serta-merta selepas berlaku pergolakan membabitkan usaha untuk menjatuhkan kempinan Shukri sebagai menteri besar.

    MENARIK:  Aminuddin tegas teruskan pentadbiran meski kerajaan minoriti

    Mereka ialah Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

    Susulan daripada itu, speaker DUN Perlis, Rus'ele Eizan semalam mengumumkan kekosongan luar jangka di tiga DUN berkenaan.

    Sementara itu, Abdul Hadi berkata Shukri meletakkan jawatannya bukan kerana zalim dalam pentadbirannya, tetapi kerana “dizalimi”.

    “Dia menteri besar yang turun ke medan. Orang masih sokong dia. Dan dia pun tak nak jadi menteri besar dah.

    "Dia dizalimi, bukan dia zalim. Kita dalam Islam ni, orang kena zalim ni nabi ajar Tuhan terima doa," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah