26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Infrastruktur data Amazon AS di Bahrain diserang peluru berpandu Iran

    Shopee Sale

    Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Selasa mendakwa Angkatan Aeroangkasanya melancarkan beberapa peluru berpandu krus ke arah infrastruktur data utama milik syarikat Amerika Syarikat (AS), Amazon, di Bahrain, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita Tasnim.

    IRGC dalam kenyataan mendakwa infrastruktur Amazon yang menjadi sasaran itu musnah dalam serangan berkenaan.

    Bahrain, AS dan Amazon belum memberikan sebarang ulasan, sementara kesahihan dakwaan itu masih belum dapat dipastikan secara bebas.

    MENARIK:  Video tular peronda polis kejar Waja di Taiping: Lelaki ditahan

    AS meningkatkan serangan terhadap Iran sejak beberapa hari kebelakangan ini, manakala Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas kemudahan dan pangkalan di beberapa negara serantau yang didakwanya digunakan oleh tentera AS.

    Pertempuran antara AS dengan Iran berterusan meskipun kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman yang diusahakan Pakistan pada Jun bagi menamatkan peranang dan mencapai perjanjian damai berkekalan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah