28.4 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Kg Papan: Arutchelvan, aktivis dan wakil penduduk ditahan polis

    Shopee Sale

    Tiga individu ditahan pihak polis dalam operasi pengusiran penduduk di Kampung Jalan Papan di Pandamaran, Klang.

    Mereka adalah Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan, aktivis M Mythreyar dan wakil penduduk M Logesvaran.

    Ketika dihubungi, Mythreyar berkata ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang menyentuh mengenai kesalahan menghalang petugas awam menjlankan kewajipan.

    "Kami kini sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut," katanya kepada Malaysiakini.

    Malaysiakini telah menghubungi ibu pejabat polis negeri Selangor untuk mendapatkan komen.

    Setakat tengah hari tadi, operasi perobohan di Kampung Jalan Papan masih diteruskan di bawah kawalan ketat polis.

    MENARIK:  Penyasaran subsidi: Tak umum awal elak diesel disorok - Rafizi

    Penduduk mendesak Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, turun padang segera bagi mencari penyelesaian untuk lebih 83 keluarga yang masih menetap di kawasan itu.

    Daripada 83 rumah, 44 daripadanya mendapat perintah injunksi sementara. Mahkamah dijangka akan menentukan status 44 rumah itu pada 8 Dis.

    Sebelum ini, kerajaan negeri dan pihak pemaju bersetuju bahawa kerja-kerja perobohan dihadkan kepada rumah dan premis perniagaan yang kosong sahaja.

    Namun, sehingga hari ini, sudah lebih 10 rumah berpenghuni dirobohkan oleh pihak pemaju tanpa sebarang pampasan atau tempat penempatan sementara disediakan kepada penduduk.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah