27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gegaran gempa Sumatera dirasai di P Pinang

    Shopee Sale

    Keadaan di Pulau Pinang terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan setakat malam tadi, susulan beberapa gegaran yang dirasai di negeri itu ekoran kejadian gempa bumi yang berlaku di Indonesia, semalam.

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menerima laporan daripada Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri tentang situasi beberapa gegaran yang dirasai.

    “Pusat Gerakan Operasi (PGO) pasukan keselamatan berkaitan menerima panggilan daripada umum antara 7.23 malam hingga 7.27 malam yang menyatakan terdapat gegaran yang berlaku di sembilan lokasi membabitkan kelima-lima daerah di Pulau Pinang.

    “Oleh itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) JBPM negeri telah dihantar ke lokasi-lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dengan melibatkan 36 pegawai serta anggota dan sembilan kelengkapan jentera,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

    MENARIK:  Sekolah diharap susun semula program luar kelas sejajar pindaan garis panduan

    Chow berkata kerajaan negeri akan terus berhubung dengan pihak JBPM serta pasukan penyelamat lain bagi pemantauan dan kemas kini lanjut.

    Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegarkan wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada petang Sabtu, iaitu beberapa jam selepas gempa bumi dengan 7.7 magnitud melanda Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur yang mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang.

    Berikutan itu, gegaran selama beberapa minit turut dirasai di sekitar Pulau Pinang dan Perak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah