29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu kehakiman: Teresa gesa PM beri taklimat kepada MP k’jaan

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan taklimat komprehensif kepada semua ahli parlimen kerajaan bagi menjelaskan kontroversi berkaitan isu kehakiman baru-baru ini, termasuk kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

    Dalam kenyataan media hari ini, pemimpin DAP itu berkata bahawa kerajaan perlu bertindak segera bagi menangani persepsi negatif serta memulihkan integriti sistem perundangan.

    "Ketelusan dan akauntabiliti adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman dan institusi demokrasi.

    "Kekosongan berpanjangan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dilaporkan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peguam, aktivis, dan masyarakat," katanya.

    Jawatan Ketua Hakim Negara kosong selepas Tengku Maimun Tuan Mat, 66, menamatkan tempoh perkhidmatan rasminya pada 1 Julai meski pelbagai pihak mendesak dia diberikan lanjutan enam bulan.

    Jawatan itu kini dipangku Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim - yang sedang menjalani pelanjutan enam bulan selepas bersara sehingga November.

    Selain itu, Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim turut bersara pada 2 Julai.

    MENARIK:  Cadangan sambung ECRL ke Rantau Panjang akan dibawa ke Kabinet

    Sementara itu, Kok menyokong dan memuji gesaan rakan-rakan ahli parlimen PKR supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat skandal isu kehakiman.

    Dia menyifatkan langkah ahli parlimen PKR itu sebagai satu tindakan berintegriti dalam menyuarakan kebimbangan orang ramai.

    "Jarang sekali penyokong kerajaan secara kolektif menyokong pembentukan RCI bagi menyiasat isu kritikal seperti ini.

    "Ini menunjukkan betapa seriusnya keadaan semasa.

    "Ahli parlimen PKR telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat. Sekarang, kerajaan perlu memberikan penjelasan yang jelas dan komprehensif," katanya.

    Awal hari ini, sembilan ahli parlimen PKR yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli menggesa RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu berkaitan kehakiman.

    Memetik kebimbangan skandal kehakiman ‘VK Lingam’ berulang, kumpulan ahli parlimen berkenaan menggesa RCI itu menyiasat mengenai isu kehakiman, termasuk berkaitan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan dakwaan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan cuba mempengaruhi keputusan kes dan pertukaran hakim.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah