26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu 3R: Polis panggil Muhyiddin beri keterangan Selasa ini

    Shopee Sale

    Polis akan memanggil Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan pada Selasa ini berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

    "Kita memanggil beliau untuk tampil beri keterangan pada 20 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas perdana menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

    MENARIK:  DAP terpalit isu baru dengan keluarga Teoh ekoran kata-kata Ngeh

    Naib Presiden Umno Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam telah menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen Pagoh itu.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah